29 Julai 2013: Menghadiri majlis berbuka puasa dan penyampaian rasmi sebagai Amanjaya internship di kediaman Menteri besar Perak yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Monday, 29 July 2013
Thursday, 18 July 2013
Menyerahkan cek dan semak serta uruskan borang dermasiswa pelajar
18 Julai 2013: Menyerahkan cek yang telah diluluskan kepada wakil guru Sekolah Kebangsaan Tan Sri Ghazali Jawi bagi Program peningkatan dan kecemerlangan UPSR dan penyerahan cek kepada wakil penduduk bagi menjayakan futsal terbuka. Selain itu, menyemak dan menguruskan borang dermasiswa pendidikan Yayasan Perak. Disamping itu, menyediakan, mencetak borang dan menerangkan kepada pemohon bagi Skim Perumahan Negara Berhad.
Menguruskan borang dermasiswa pendidikan Yayasan Negeri Perak
Menyerahkan cek kepada wakil penduduk
Wednesday, 17 July 2013
Bersama mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat
17 Julai 2013: Membantu dalam penyelesaian baik pulih rumah yang berkeadaan tidak elok. Selain itu, menyerahkan bantuan kotak makanan hasil sumbangan bina upaya kepada wakil penduduk untuk diagihkan kepada penduduk yang layak menerima. Disamping itu, menyerahkan sumbangan yang telah diberikan oleh ADUN bagi membiayai rawatan pesakit (Denggi) di Hospital Ipoh kepada ibu saudaranya.
Tuesday, 16 July 2013
BR1M
16 Julai 2012: Saya telah membuat carian ke atas penerima BR1M bagi RM 250 dan RM500 yang masih belum mengambil baucer. Pencarian alamat atau tempat tinggal semasa penerima bagi membolehkan pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kenering untuk memberikan baucer tersebut. Selain itu turut serta dalam mendengar masalah rakyat bersama dengan ADUN Kenering (YB Dato' Mohd Tarmizi Idris).
Membuat carian bagi Senarai Penerima BR1M 2.0 yang masih belum mengambil baucer tersebut
YB Dato' Mohd Tarmizi dalam mendengar masalah rakyat
Monday, 15 July 2013
Bantuan Baiduri dan masalah dermasiswa
15 Julai 2013: Memasukkan nama penerima bantuan yang diberikan oleh pihak Baiduri pada tahun 2013. Seramai 190 orang telah menerima bantuan ini yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU). Selain itu, saya juga turut membantu dalam menyelesaikan masalah pelajar berkaiatan Dermasiswa Yayasan Perak.(Masalah terlepas tarikh Penghantaran @ due date).
Saturday, 13 July 2013
Sekitar 12 julai 2013 di DUN Kenering
Assalamualaikum..Sekitar 12 julai 2013 di DUN Kenering..
- Membantu dalam menyelesaikan masalah penduduk. Hal ini dapat membantu dalam meringankan beban penduduk yang mempunyai masalah.
- Membantu dalam menyenaraikan penerima untuk bantuan kotak makanan sumbangan dari Yayasan Bina Upaya.
- Membantu dalam mengagihkan kurma kepada Ketua Kampung untuk diberi kepada penduduk kampuing di DUN Kenering
- Membantu dalam menyelesaikan masalah penduduk. Hal ini dapat membantu dalam meringankan beban penduduk yang mempunyai masalah.
- Membantu dalam menyenaraikan penerima untuk bantuan kotak makanan sumbangan dari Yayasan Bina Upaya.
- Membantu dalam mengagihkan kurma kepada Ketua Kampung untuk diberi kepada penduduk kampuing di DUN Kenering
Lapor diri di Pusat Khidmat Masyarakat di DUN Kenering
Lapor diri di Pusat Khidmat Masyarakat di DUN Kenering (N.3) pada 11 Julai 2013 yang mempunyai jarak 35 Kilometer dari rumah saya. ADUN Kenering ialah YB Dato'Haji Mohd Tarmizi Bin Haji Idris. Pada hari tersebut hanya berkenalan dengran staf di situ. Di DUN Kenering mempunyai sebanyak 40 cawangan UMNO.
Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Kenering
Thursday, 11 July 2013
Watikah Pelantikan sebagai Pelatih Amanjaya Internship 2013
Assalamualaikum... Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional Negeri Perak khususnya UMNO negeri Perak kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi Pelatih Amanjaya Internship ini. Terima Kasih juga kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Seramai 31 pelatih telah terpilih sebagai pelatih amanjaya ini. InsyaAllah saya akan memberi khidmat kepada DUN Kenering dengan sebaik mungkin...Yang Penting sentiasa berusaha untuk buat yang terbaik demi agama, bangsa dan tanah air. Tanggal 09 Julai 2013, saya telah menerima watikah pelantikan sebagai pelatih amanjaya internship di DUN Kenering.
Pemimpin-pemimpin bersama Semua Pelatih Amanjaya Internship 2013 yang hebat-hebat
Sijil Watikah pelantikan sebagai Pelatih Amanjaya Internship 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)