LAMAN UTAMA PENGENALAN LATAR BELAKANG ADUN KENERING N3 HUBUNGI KAMI ADUAN DAN CADANGAN

ADUN KENERING (N3)

MOHD TARMIZI BIN IDRIS

Negeri:  Perak
Parlimen:  LENGGONG
Parti:  BN - UMNO
Kod Parlimen: P055
Kod Dun: N03
Nama Dun:  KENERING



YB Haji Mohd Tarmizi Bin Idris lahir pada 25 Januari 1962 di Kampung Bukit Sapi, Lenggong, Perak Darul Ridzuan. Hasil perkongsian hidup bersama isteri, beliau kini mempunyai empat orang anak. Bekas pelajar Sekolah Menengah Dato’ Ahmad, Lenggong ini kerap mengenang semula kenangan zaman remaja ketika beliau bermain bolasepak tanpa memakai kasut, kebiasaannya dalam hujan yang lebat mencurah.

Kehilangan kedua ibu bapa pada usia yang masih muda banyak mengajar YB Haji Mohd Tarmizi Idris tentang ketabahan dan semangat juang untuk membangunkan kehidupan peribadi beliau. Ahli Dewan Undangan Negeri Kenering ini amat meminati filem Sarjan Hasan lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Selain daripada memaparkan semangat juang seorang askar Melayu yang terlakar dalam sejarah negara, beliau juga amat mengkagumi bakat Tan Sri P. Ramlee dalam bidang lakonan dan arahan filem.

Setiap kali ada kelapangan, beliau akan meluangkan masa bersama sahabat baik beliau, YB Dato’ Hasbullah Osman yang juga ADUN Temengor untuk bertukar pendapat dan berbincang strategi-strategi politik.

Beliau juga gemar keluar minum dan bersembang dengan sahabat-sahabat lain, termasuk juga         pengundi-pengundi kawasan Kenering. Sekiranya diberi peluang untuk bercuti selama sebulan, YB Haji Mohd Tarmizi memilih untuk pergi ke kota Mekah dan Madinah demi melaksanakan ibadat serta menikmati ketenangan yang dibawa oleh kota-kota suci itu.

LATAR BELAKANG KERJAYA

1994-1996             Penyelia Kemas Kawasan Kenering
1997-2003             Penyelia Kanan Kemas Kawasan Parlimen Grik

KEGIATAN KEMASYARAKATAN

1985-1996             Pengerusi Persatuan Belia 4B (M), Kampung Bukit Sapi,Lenggong
1996-2001             Ahli Jawatankuasa Belia 4B (M), Kawasan Gerik
2003-Sekarang      Timbalan Pengerusi PEMADAM Daerah Hulu Perak
2004                      Timbalan Pengerusi Tinju Hulu Perak

PERTUBUHAN

1987-1993             AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahgian Gerik
1993-1998             Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gerik
1995-1996             Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gerik
1997-1998             Setiausaha UMNO Bahagian Gerik
1998-2003             Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri Perak

No comments: