LAMAN UTAMA PENGENALAN LATAR BELAKANG ADUN KENERING N3 HUBUNGI KAMI ADUAN DAN CADANGAN

Friday 2 August 2013

Pengurusan pentadbiran

Saya banyak menguruskan pentadbiran kerana YB bercuti kerana menunaikan umrah. Jadi, program turun padang memang tiada. selain itu, terlibat dalam menyediakan soalan lisan dan bertulis sempena mesyuarat kedua penggal pertama Dewan Negeri yang ke-13 bagi Adun Kenering. Selain itu, mengemaskini senarai nama bantuan kotak makanan sumbangan dari Yayasan Bina Upaya. Di samping itu, menyediakan borang bagi memasukkan nama penerima sempena program Ihsan Ramadhan dan Aidilfitri 2013 Masihi/ 1434 Hijrah sumbangan dari 1MDB.

Terlibat juga dalam mengagihkan barang kotak keapada wakil penduduk. Selain itu, menguruskan untuk mencarai nama penerima Program Ihsan Ramadhan dengan bekerjasama bersama wakil ketua cawangan. Sebanyak 38 cawangan yang akan menerima sumbangan ini. Di samping itu, memasukkan semua nama penerima sumbangan tersebut. Seramai 150 orang yang layak menerima sumbangan raya ini yang terdiri daripada kategori warga emas dan anak yatim.



No comments: