LAMAN UTAMA PENGENALAN LATAR BELAKANG ADUN KENERING N3 HUBUNGI KAMI ADUAN DAN CADANGAN

Tuesday 6 August 2013

PENYAMPAIAN SUMBANGAN UNTUK MENYAMBUT AIDILFITRI

ISNIN, 5 OGOS 2013: Program penyampaian sumbangan raya kepada penerima di dun kenering yang terdiri daripada warga emas dan anak yatim. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Adun Kota Tampan,YB Dato' Saarani bin Mohamad bagi mewakili ADUN Kenering yang menunaikan umrah. Turut hadir program tersebut isteri kepada ADUN Kenering, Datin Nooraziah Binti Samaan. Jumlah penerima yang menerima sumbangan tersebut berjumlah 150 orang.




Saturday 3 August 2013

Majlis Pemberian Bubur Lambuk

03 ogos 2013: Terlibat dalam pemberian bubur lambuk di bazar ramadhan Lawin bersama wakil YB atau pemimpin kampung serta bersama pembantu khas YB.







Friday 2 August 2013

Pengurusan pentadbiran

Saya banyak menguruskan pentadbiran kerana YB bercuti kerana menunaikan umrah. Jadi, program turun padang memang tiada. selain itu, terlibat dalam menyediakan soalan lisan dan bertulis sempena mesyuarat kedua penggal pertama Dewan Negeri yang ke-13 bagi Adun Kenering. Selain itu, mengemaskini senarai nama bantuan kotak makanan sumbangan dari Yayasan Bina Upaya. Di samping itu, menyediakan borang bagi memasukkan nama penerima sempena program Ihsan Ramadhan dan Aidilfitri 2013 Masihi/ 1434 Hijrah sumbangan dari 1MDB.

Terlibat juga dalam mengagihkan barang kotak keapada wakil penduduk. Selain itu, menguruskan untuk mencarai nama penerima Program Ihsan Ramadhan dengan bekerjasama bersama wakil ketua cawangan. Sebanyak 38 cawangan yang akan menerima sumbangan ini. Di samping itu, memasukkan semua nama penerima sumbangan tersebut. Seramai 150 orang yang layak menerima sumbangan raya ini yang terdiri daripada kategori warga emas dan anak yatim.



Monday 29 July 2013

Majlis Penyerahan Rasmi sebagai Amanjaya Internship

29 Julai 2013: Menghadiri majlis berbuka puasa dan penyampaian rasmi sebagai Amanjaya internship di kediaman Menteri besar Perak yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia.




Thursday 18 July 2013

Menyerahkan cek dan semak serta uruskan borang dermasiswa pelajar

18 Julai 2013: Menyerahkan cek yang telah diluluskan kepada wakil guru Sekolah Kebangsaan Tan Sri Ghazali Jawi bagi Program peningkatan dan kecemerlangan UPSR dan penyerahan cek kepada wakil penduduk bagi menjayakan futsal terbuka. Selain itu, menyemak dan menguruskan borang dermasiswa pendidikan Yayasan Perak. Disamping itu, menyediakan, mencetak borang dan menerangkan kepada pemohon bagi Skim Perumahan Negara Berhad.

Menguruskan borang dermasiswa pendidikan Yayasan Negeri Perak

Menyerahkan cek kepada wakil penduduk

Wednesday 17 July 2013

Bersama mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat

17 Julai 2013: Membantu dalam penyelesaian baik pulih rumah yang berkeadaan tidak elok. Selain itu, menyerahkan bantuan kotak makanan hasil sumbangan bina upaya kepada wakil penduduk untuk diagihkan kepada penduduk yang layak menerima. Disamping itu, menyerahkan sumbangan yang telah diberikan oleh ADUN bagi membiayai rawatan pesakit (Denggi) di Hospital Ipoh kepada ibu saudaranya.

Tuesday 16 July 2013

BR1M

16 Julai 2012: Saya telah membuat carian ke atas penerima BR1M bagi RM 250 dan RM500 yang masih belum mengambil baucer. Pencarian alamat atau tempat tinggal semasa penerima bagi membolehkan pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kenering untuk memberikan baucer tersebut. Selain itu turut serta dalam mendengar masalah rakyat bersama dengan ADUN Kenering (YB Dato' Mohd Tarmizi Idris).


 Membuat carian bagi Senarai Penerima BR1M 2.0 yang masih belum mengambil baucer tersebut


YB Dato' Mohd Tarmizi dalam mendengar masalah rakyat

Monday 15 July 2013

Bantuan Baiduri dan masalah dermasiswa

15 Julai 2013: Memasukkan nama penerima bantuan yang diberikan oleh pihak Baiduri pada tahun 2013. Seramai 190 orang telah menerima bantuan ini yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU). Selain itu, saya juga turut membantu dalam menyelesaikan masalah pelajar berkaiatan Dermasiswa Yayasan Perak.(Masalah terlepas tarikh Penghantaran @ due date).


Saturday 13 July 2013

Sekitar 12 julai 2013 di DUN Kenering

Assalamualaikum..Sekitar 12 julai 2013 di DUN Kenering..
- Membantu dalam menyelesaikan masalah penduduk. Hal ini dapat membantu dalam meringankan beban penduduk yang mempunyai masalah.
- Membantu dalam menyenaraikan penerima untuk bantuan kotak makanan sumbangan dari Yayasan Bina Upaya.
- Membantu dalam mengagihkan kurma kepada Ketua Kampung untuk diberi kepada penduduk kampuing di DUN Kenering





Lapor diri di Pusat Khidmat Masyarakat di DUN Kenering

Lapor diri di Pusat Khidmat Masyarakat di DUN Kenering (N.3) pada 11 Julai 2013 yang mempunyai jarak 35 Kilometer dari rumah saya. ADUN Kenering ialah YB Dato'Haji Mohd Tarmizi Bin Haji Idris. Pada hari tersebut hanya berkenalan dengran staf di situ. Di DUN Kenering mempunyai sebanyak 40 cawangan UMNO.

Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Kenering

Thursday 11 July 2013

Watikah Pelantikan sebagai Pelatih Amanjaya Internship 2013

Assalamualaikum... Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional Negeri Perak khususnya UMNO negeri Perak kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi Pelatih Amanjaya Internship ini. Terima Kasih juga kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Seramai 31 pelatih telah terpilih sebagai pelatih amanjaya ini. InsyaAllah saya akan memberi khidmat kepada DUN Kenering dengan sebaik mungkin...Yang Penting sentiasa berusaha untuk buat yang terbaik demi agama, bangsa dan tanah air. Tanggal 09 Julai 2013, saya telah menerima watikah pelantikan sebagai pelatih amanjaya internship di DUN Kenering.


               Pemimpin-pemimpin bersama Semua Pelatih Amanjaya Internship 2013 yang                                                                              hebat-hebat


                    Sijil Watikah pelantikan sebagai Pelatih Amanjaya Internship 2013